Thursday, May 19, 2011

Sungai Klang...

Salam. Kalau Isnin hari tu saya teman Safwan ngan Sue pergi amek jubah konvo dorang kat UiTM, the next day pulak saya ke Sungai Klang yang berdekatan ngan Pasar Seni. Mesti korang ter-tanya2 apelah saya buat kat parit besar sane tu kan. Kan busuk kat situ. Haaa... Kat situlah saya meng"shoot" gambar pre graduation saudara Safwan dan ditemani saudara Izzat. Ntah cam mane ntah datang idea nak tangkap gambar kat situ. Tu semua kejer giler. Ha3. Tapi tak salahkan kalau kita cuba sesuatu yang di luar kebiasaan.. Tapi tak dinafikan la kebanyakkan graffiti kat situ cantik2. Daripada budak remaja buang masa conteng2 or mengotorkan dinding2 kat tempat awam tu, lebih baik dorang menyalurkan kreativiti dorang tu pada dinding2 kat Sungai Klang tu. Lebih 1 jam jugak la kitorang spend masa kat sana amek gambar Safwan.

Sedang kitorang sibuk meng"shoot" gambar kat situ, mata ni terpandang pulak pada segelintar masyarakat yang kurang bernasib baik yang takde tempat tinggal tu. Or kata nama lain untuk dorang, "homeless". Kesian jugak melihat dorang berteduh dari hujan dan panas di bawah jambatan dengan beralaskan kotak2 yang orang buang. Hurm... Kalau kita orang biasa ni, mesti kita tak nak duduk kat tempat cam tu, kan? Tiba2, timbul rasa bersyukur sangat2 dengan apa yang Allah kurniakan pada kita sekarang ni. Alhamdulillah... So, sebagai manusia, kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni coz ade lagi manusia lain yang lebih teruk/kurang bernasib baik daripada kita. Renung2-kan...

Cam biasa, nak share ngan korang semua beberapa gambar yang di"shoot" pada hari tu. :)










That is me!!!

No comments:

Post a Comment