Tuesday, May 31, 2011

Let's move on...



Salam... Sekarang ni kitorang 1 rumah tengah sibuk kemas barang coz nak pindahkan barang2 kitorang ke rumah baru. Kalau before this kitorang menyewa kat Pangsapuri Puteri kat Padang Jawa, so bermula esok secara rasminya kitorang akan menyewa di rumah teres 2 tingkat kat area Seksyen 4. hu3... Knape pindah??? hurm... Kalau korang nak tau, rumah yang kitorang sewa before this nak kene lelong. Mulanya, kitorang pun tak tau pasal ni, sampai la ada orang bank ketuk rumah sewa kitorang and tanya kitorang, "korang tak tau ke rumah ni dah kene lelong???". Kalau benda macam nie berlaku kat korang, apa respon korang? Kitorang time tu apa lagi, pergi redah la rumah tuan rumah tu.

Sampai jek sana, kitorang tanya la macam mana boleh jadi macam ni. Nak tau tak dia jawab apa??? "Korang tak payah risau, semua tu saya dah uruskan dengan pihak bank semalam. Korang just stay kat rumah tu macam biasa jek". Itulah cara dia meyakinkan kitorang. Tapi hati kitorang macam tak berapa nak percaya pulak dengan cakap tuan rumah tu. So, kitorang 1 rumah decide nak cari rumah sewa lain. Banyak juga la cabaran kitorang nak cari rumah sewa baru ni. Ada rumah tu dah dapat kat Seksyen 3, tapi last minute tuan rumah dia cakap tak nak penyewa lelaki. Apalah nasib penyewa2 lelaki zaman sekarang? adoiyai... sampai la kitorang jumpa rumah yang kat Seksyen 4 ni. 



Selepas jumpa rumah tu, kitorang buat keputusan pindah bulan 6 ni. Ada satu hari time kitorang nak pergi keluar makan, kitorang nampak notis kosongkan rumah daripada pihak bank. Notis tu tampal kat pintu rumah kitorang. Dalam notis tu bagitau kena kosongkan rumah sebelum 1 jun iaitu esok. So, kitorang kene la pindah malam ni jugak. Bengang tak kat tuan rumah kitorang???!!!!




Just want to share...


Hai...
Time breakfast kat Mamak Stall lepas selesaikan pendaftaran kolaj angah kat UiTM Sri Iskandar, saya ngan adik saya oshah pergi la jalan2 kat area kedai mamak tu. Ternampak pulak enviroment kat belakang kedai tu nampak cantik, kebetulan bawak kamera angah. So, just snap2 jek apa2 yang menarik kat situ. That why title entry nie "Just want to share...". Nak share picture2 yang saya sempat snap kat situ. (Takda la lawa mana pun...) enjoy!!!





Ada nampak macam bentuk kerbau tak???



*all picture without editing (just letak tag adeq memories jek)

Berehat Sebentar



Selepas 3 minggu angah cuti, now is the time for angah kembali ke kampus untuk start semester baru. Lain pulak cerita kitorang yang student2 degree ni, semester break sampai 3 bulan lebih. Tak tau la nak buat apa. Duduk rumah sampai lebam la kot. ha3. Last saturday, kitorang 1 family naik Perak pergi hantar angah balik UiTM. My family bertolak dari Johor malam Sabtu dalam pukul 10.30 malam macam tu and sampai Shah Alam a round pukul 2.00 pagi coz amek saya kat rumah sewa saya. After that, saya ganti papa drive sampai la ke Sri Iskandar. Time tu dalam pukul 6 something. Lepas turunkan semua barang2 angah masuk dalam bilik and selesaikan semua proses pendaftaran kolej kediaman, kitorang pergi kuar breakfast and jalan2 hangout dekat area Sri Iskandar. So, angah ajak kitorang pergi Teluk Batik.

Sampai jek kat sana, oshah dah sibuk ajak mandi laut. hurm... tulah oshah. Tak dinafikan pemandangan kat teluk tu cantik, tenang, bersih. Tapi yang tak bestnya, ramai sangat orang kat situ. Kebetulan pulak hari Sabtu, next week nya pulak cuti sekolah, adoiyai... Tapi sempat la melayan oshah mandi ngan buat istana pasir kat situ. Insyaallah next time akan datang sana lagi kot coz tak berapa nak puas la time tu sebab ramai sangat orang. hi3 Lepas pergi teluk batik, kitorang ke Jetty yang bawak orang pergi Pulau Pangkor. Just jalan2 jek kat situ. After lunch, kitorang pun hantar angah balik kampus dia and bertolak balik... Massage untuk angah, take care and have a nice a new semester...!!! :D





Style tak budak ni pose???

oshah dengan istana pasirnya





video


Monday, May 30, 2011

Mon anniversaire de la famille



My Family Birthday

Salam... Oleh kerana hari ni hari last dalam bulan Mei, nak sekalikan wish happy birthday kepada family saya. hi3... Kalau korang nak tahu, untuk bulan Mei ni jek ada 4 birthday pada 3 tarikh yang berbeza. That is big number right??? Before this kan ada post untuk birthday adik saya yang last tu kan oshah, tu baru satu. Birthday yang ke 11 tahun.

Second wish untuk my first sister, angah. Nama betul dia, Nur Shereen Shahira. Ni birthday dia yang ke 19 tahun. Now dia study kat UiTM Sri Iskandar, Perak amek course photography art. Agak makan hati jugak la abang dia ni coz adik dia dapat course yang abang dia suka. Apa yang lebih membakar abang dia lagi bila angah beli kamera DSLR. hurm... Sumpah terbakar hangus! Nikon D90 pulak tu. Takpe2, cuti abang dia boleh pinjam, kah3. Baru masuk second semester last saturday hari tu.

Third wish is for my papa. Umur papa sekarang 50 tahun. Tapi rasanya macam belum 50 lagi. Awet muda kot... My papa iaitu encik Jamian bin Jangin now berkerja as a driver kat area Johor Bahru. Before this papa bergelar parajurit negara atau nama lain, tentera negara. Terpoyo pulak, ha3. Tapi tak dinafikan la bila orang tanya ayah awak kejer apa time dulu, bangga giler jawab ayah saya seorang tentera. hurm... walaupun ciri2 seorang tentera tu tak tumpah langsung pada saya, tapi saya tetap berbangga dengan my dad. Benda yang paling saya ingat time papa jadi tentera dulu, dia pernah berkhidmat di negara SOMALIA untuk misi keamanan kalau saya tak silap. hurm... time tu umur 4 tahun kot, tak bape nak ingat pulak. Berbulan jugak la papa kat sana. Sumpah rindu giler time tu. Ingat lagi cara arwah mama nak hilangkan rindu kitorang adik beradik time rindu dulu. Apa mama buat dengan cara pergi keluar rumah, tengok langit tunggu kapal terbang lalu. Bila nampak jek kapal terbang lalu, mama cakap,"haa... papa kat dalam kapal terbang tu. Cepat2 bye2 papa". Serius, macam nak pergi ke time tu balik. :)

Forth and the last wish is for my second sister, Nur Shabila Amilia. Baru masuk 17 tahun, amek SPM la tahun ni. Harap2 dapat result yang cemerlang ye, iela. Amin... Dia bersekolah kat Sek Men Keb Kempas, Jay Bee. Sekolah yang sama dengan saya dan angah dulu. Minah ni suka "melawa" or nama lain dia "melaram". Kira suka pakai cantik2 la. hurm... Benda lain yang dia suka is berjalan. Dia pantang dengar orang ajak dia berjalan. Kalau tengah tidur tu, dia boleh bangun kalau dia terdengar orang nak keluar berjalan. Iela2...






My wish is...
Happy birthday to Papa, Angah, Iela and Oshah. Love you all so much, thank coz jadi family yang sangat lovely, happening and supporting. Thank you so much coz be a part of my life. Thank also to God, Allah coz kurniakan a wonderful family... Along tak akan lupakan korang semua sampai bila2. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan kehidupan dan juga berjaya di dunia dan di akhirat kelak, amin...

LOVE YOU ALL!!!

Monday, May 23, 2011

Citrawarna 1 Malaysia 2011

 
Kalau petangnya saya dan 3 orang rakan saya ke event Akar & Kukubesi Manipulasi Xhabitor, malamnya pula kami plan untuk gi Citrawarna 1 Malaysia 2011. Setelah menunaikan solat asar di Masjid Negeri Selangor, sempat kami berempat menikmati cool blog di Giant sebelum menuju ke Kuala Lumpur. Bila dah sampai kat area Dataran Merdeka tu, 1 masalah pulak timbul iaitu nak cari parking. Ada la 3 kali kitorang pusing kat area tu cari parking. Last2, kitorang dapat parking kat bawah Dataran Merdeka tu ngan harga rm5 per entry. Syukurlah...

Keluar jek dari bangunan parking kereta tadi, mata kitorang terus tertumpu ke arah bunga api yang berwarna-warni. Rasa seakan kedatangan kitorang dialu-alukan pulak, ha3... Seriously, event tu sangat meriah lagi menghiburkan. Dataran merdeka pada ketika tu di banjiri dengan jutaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan juga pelancong2 asing yang ingin berhibur dengan persembahan2 yang disediakan. Rasa rugi sangat kalau kitorang miss event ni. Kitorang yang menonton ni sangat teruja, kalau boleh nak join dorang menari buat persembahan malam tu. Bila tengok semua guests especially tourist2 yang datang tersenyum dan have fun dengan performance malam tu, timbul rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Feelling2 1 Malaysia pulak, ha3... Tak kesah la. Tapi memang best la show malam tu. Selepas keberangkatan Yang Maha Mulia Agung, majlis diteruskan dengan joget lambak bersama dengan semua hadirin yang hadir malam tu. So apa lagi, kitorang ni amek peluang la menari sakan kat situ. Tak dinafikan la, tetamu2 vip seperti menteri2 pun turut berjoget lambat bersama. Supporting giler...


Diantara persembahan pada malam tersebut





Wajah adik2 kegembiraan setelah selesai persembahan


Bergambar bersama adik2 yang membuat persembahan

Wajah2 keterujaan menonton persembahan Citrawarna 2011


video


Apa yang amat menarik perhatian saya bila ada satu slot yang dinamakan tarian Mega Zapin dimana semua penari2 yang perform malam tu, kira2 5 ribu orang peserta tak kira bangsa dan lapisan umur menari tarian zapin. Seriously, anak Johor macam saya ni tak boleh tahan tengok tarian zapin. Memang rasa nak join jek malam tu. Kebetulan pulak kitorang ber-4 yang gi tu anak Johor Hurm... lagi la naik hantu kitorang menari kat tepi tu. Ha3... Tak boleh nak digambarkan kegembiraan kitorang pada malam tu. Nak wish congratulation pada semua performer2 malam tu. Great performance ever!!!

video
Tarian Mega Zapin





Akar & Kukubesi Manipulasi Xhibitor


Salam, korang pernah dengar tak nama Kukubesi??? Korang pernah tengok poster untuk filem Merong Mahawangsa dan Karak tak??? Kalau korang minat fotografi, editing or peminat kamera DSLR, mesti korang kenal Kukubesi. Kukubesi ni la yang design poster filem2 tadi tu. Untuk julung kalinya, Kukubesi anjurkan event yang dinamakan Akar & Kukubesi Manipulasi Xhibitor yang bertempat di Galeri Shah Alam pada 21 Mei di mana mengumpulkan pengkarya puisi, pemain2 muzik indie, pengkarya seni dan juga photographer2 ternama mahupun yang baru ni di dalam sebuah event yang besar boleh saya katakan. Di sinilah tempat mereka berkumpul dan berkongsi minat yang sama selain bertukar-tukar pendapat. So, saya dan rakan-rakan lain iaitu Ijat, Wan dan Zira pun attend event tu.

Sampai je sana dalam kol 3 petang tu, ramai giler dah orang kat situ. Boleh dikatakan rata-rata orang yang datang semuanya bawak kamera SLR. Lens dorang tak payah kata la, panjang2 and macam2 rupa. Speed light lagi. Hurm... Kita yang tak ada kamera ni, makan hati jek la. Nasib baik la Ijat ada kamera, menumpang la kamera dia. Tapi best la event tu, dapat tengok karya2 fotografi dan grafik dorang kat galeri, dapat join photoshoot dengan beberapa orang modal dan berhibur dengan persembahan pemain2 muzik dan juga pembaca2 puisi. Diantara performer pada hari tu seperti band Pesawat, Monoluque, Fynn Jamal dan ramai lagi. We hope event ni akan diteruskan untuk siri berikutnya coz memang cool and happening giler... :D















video

Sunday, May 22, 2011

A long Friday nite...

Ketika kebosanan tahap cipan di rumah sewa Shah Alam, hati ni tergerak untuk text Nazirah or Zira iaitu classmate time diploma kat Segamat, Johor. Kebetulan pulak dia kat Shah Alam coz amek intersesi kat UiTM. So, ajak la Zira kuar ngan Wan yang kat umah sewa ni. Ajak ijat, dia tido. Kejut2 tak bangun. Hurm... gerak je la. Lalu amek slr dia bawak kuar. Lepas amek Zira kat umah sewa dia, Zira ajak gi makan kat Pak Ali Kopitiam kat Seksyen 7 sebab dia belum makan malam lagi. Padahal time tu dah nak masuk kol 12 dah. So malam tu Zira makan Nasi Ayam Lemon, Wan makan kek coffee (kot), and saya makan ABC Pak Ali. Nyum2...


Zira yang kelaparan

Wan menikmati keknya

Ni la kek yang Wan makan malam tu

Lepas dah kenyang, kitorang gerak ke Dataran Hijau, Shah Alam. Tempat tu kat area belakang masjid negeri Selangor. So, kat situ borak2 la smbil melihat ragam mat2 rempit kat situ main motor dorang. Adoiyai... kesian ada, geram ada, kelakar pon ada tengok ragam dorang ni. Sanggup membahayakan diri dengan aksi2 yang kalau tak keterlaluan saya katakan aksi2 bodoh menunggang motosikal dorang tu. Biarlah dorang dengan dunia dorang. Time asyik bergelak sakan bercerita ngan Wan and Zira kat situ, tetibe Ijat text saya.,"Korang kat mana, lama lagi ke nak lepak?". So lepas tu, kitorang terus gi amek Ijat kat umah sewa.

Time dalam kereta, saya tanya budak2 ni, "sekarang nak gi mana ni???". Sume buntu nak jawab, so saya suggest la lepak kat putrajaya. Ijat cakap tak nak, bosan la kat situ. Keter yang saya pandu menuju ke KL. Tapi masih tak ada kata putus nak gi mana. Tetiba idea datang and kitorang decide gi Bukit Ampang. Ramai orang cakap kat situ boleh tengok view KL time malam. Hurm... walaupun tak tahu jalan nak ke sana, kitorang ber-4 anak Johor ni redah jek ke sana. Nekad jek masing2 ke sana... And apa yang mengbanggakan ialah kitorang berjaya sampai ke sana!!! Memang cantik tengok view KL kat situ. Boleh nampak lampu2 kat KL ni. Keadaan kat atas bukit tu pun sejuk. Memang best giler kat atas tu. Lepas puas snap2 picture kat situ, dalam kol 4.30 cam tu kitorang gerak turun dari bukit tu.



Keindahan pemandangan KL dengan limpahan cahaya




Zira amek kesempatan untuk bertapa di Bukit Ampang

Ijat menikmati Oblong di atas Bukit Ampang jam 4 pagi


Anak siapa terbiar ni???

Tak habis lagi kat situ. Lepas turun dari bukit Ampang tu, kitorang gerak ke Dataran Merdeka. Time tu tujuan asal nak snap picture bangunan makhamah kat depan Dataran Merdeka tu. Bila sampai kat situ, kitorang tengok kebanyakkan jalan kat area tu di tutup untuk satu event ni. Kitorang parking keter, kitorang terus gi tengok apa sebab dorang tutup jalan tu. Rupanya, krew2 sedang sibuk buat persiapan untuk event Citrawarna 1 Malaysia 2011 yang bakal berlangsung pada keesokkan malamnya. Sempat la kitorang melihat macam mana krew2 ni buat kerja behind the scene kat situ. Agak sibuk la dorang untuk memastikan event pada esoknya sempurna seperti yang dirancangkan. Lepas penat pusing2 kat area situ sambil snap picture, kitorang pun beransur pulang ke Shah Alam. Seriusly, memang puas hati malam tu daripada kebosanan duduk kat umah. :D







Ijat | Saya | Wan | Zira


video

Enjoy the video!!!