
Kalau petangnya saya dan 3 orang rakan saya ke event Akar & Kukubesi Manipulasi Xhabitor, malamnya pula kami plan untuk gi Citrawarna 1 Malaysia 2011. Setelah menunaikan solat asar di Masjid Negeri Selangor, sempat kami berempat menikmati cool blog di Giant sebelum menuju ke Kuala Lumpur. Bila dah sampai kat area Dataran Merdeka tu, 1 masalah pulak timbul iaitu nak cari parking. Ada la 3 kali kitorang pusing kat area tu cari parking. Last2, kitorang dapat parking kat bawah Dataran Merdeka tu ngan harga rm5 per entry. Syukurlah...
Keluar jek dari bangunan parking kereta tadi, mata kitorang terus tertumpu ke arah bunga api yang berwarna-warni. Rasa seakan kedatangan kitorang dialu-alukan pulak, ha3... Seriously, event tu sangat meriah lagi menghiburkan. Dataran merdeka pada ketika tu di banjiri dengan jutaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan juga pelancong2 asing yang ingin berhibur dengan persembahan2 yang disediakan. Rasa rugi sangat kalau kitorang miss event ni. Kitorang yang menonton ni sangat teruja, kalau boleh nak join dorang menari buat persembahan malam tu. Bila tengok semua guests especially tourist2 yang datang tersenyum dan have fun dengan performance malam tu, timbul rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Feelling2 1 Malaysia pulak, ha3... Tak kesah la. Tapi memang best la show malam tu. Selepas keberangkatan Yang Maha Mulia Agung, majlis diteruskan dengan joget lambak bersama dengan semua hadirin yang hadir malam tu. So apa lagi, kitorang ni amek peluang la menari sakan kat situ. Tak dinafikan la, tetamu2 vip seperti menteri2 pun turut berjoget lambat bersama. Supporting giler...
Diantara persembahan pada malam tersebut



Apa yang amat menarik perhatian saya bila ada satu slot yang dinamakan tarian Mega Zapin dimana semua penari2 yang perform malam tu, kira2 5 ribu orang peserta tak kira bangsa dan lapisan umur menari tarian zapin. Seriously, anak Johor macam saya ni tak boleh tahan tengok tarian zapin. Memang rasa nak join jek malam tu. Kebetulan pulak kitorang ber-4 yang gi tu anak Johor Hurm... lagi la naik hantu kitorang menari kat tepi tu. Ha3... Tak boleh nak digambarkan kegembiraan kitorang pada malam tu. Nak wish congratulation pada semua performer2 malam tu. Great performance ever!!!
Tarian Mega Zapin
mega zapin terbaik ah!!!
ReplyDeleteTerbaik giler la...
ReplyDeleteofficially re-open blog tak rasmi yang lama dengan url baru www.hanabiestory.blogspot.com
ReplyDeletearghh..!!!!!!!! mizz citrawarna..!! kaki tak nak stop menari lohh...!!
ReplyDelete