Saturday, May 14, 2011

Akhirnya Sempurna



Setelah melalui semester 4 yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan, akhirnya saya berjaya menamatkan final paper saya yang terakhir pada petang 10 Mei yang lalu iaitu subjek XML Programming. Harap2 semua subjek yang saya ambil pada semester ini LULUS, itu pun dah cukup baik bagi saya. Hurm... entah la semester ni. Banyak main ke? Subjek semester ni memang susah ke? Study last minute ke? Aaahhh!!! Malas nak pikir lagi. Keesokkannya, saya dan beberapa teman classmate decide nak hangout sama2 ke Sunway Pyramid untuk main ice skating. Ni diantara gambar2 di hari kejadian...


Kasut "ice skating", saya pakai saiz 44. (Besarkan?)

Edzhora | Aina | Laily | Farr
Sunway Pyramid Ice

Edzhora | Farr | Aina
Posing ala2 pekebun2 sayur

Laily | Aina | Edzhora | Farr | Aimy
wajah2 keseronokkan selepas main ice skating

Edzhora | "Singa Sunway" | Aimy

"Ke kanan lurus !!!" - Farr (snap gambar)

Masa main ice skating tu, saya lah orang yang paling tak pandai main. Lebih dari 8 kali jatuh rasanya. Teman2 lain dah laju meluncur, saya masih lagi nak belajar imbang badan untuk mula meluncur. Haishhh... segan kawan. Sampai sekarang ni badan rasa sengal2 sana sini. Siap ada kesan lebam lagi di lutut sebab jatuh. Itulah kenangan saya dengan teman2 kelas sebelum masing2 pulang ke hometown masing2. 4 bulan tu cuti semester, lama giler. Harap2 akan jumpa lagi di semester depan ye teman2. Selamat bercuti !!!

4 comments: