Monday, May 30, 2011

Mon anniversaire de la famille



My Family Birthday

Salam... Oleh kerana hari ni hari last dalam bulan Mei, nak sekalikan wish happy birthday kepada family saya. hi3... Kalau korang nak tahu, untuk bulan Mei ni jek ada 4 birthday pada 3 tarikh yang berbeza. That is big number right??? Before this kan ada post untuk birthday adik saya yang last tu kan oshah, tu baru satu. Birthday yang ke 11 tahun.

Second wish untuk my first sister, angah. Nama betul dia, Nur Shereen Shahira. Ni birthday dia yang ke 19 tahun. Now dia study kat UiTM Sri Iskandar, Perak amek course photography art. Agak makan hati jugak la abang dia ni coz adik dia dapat course yang abang dia suka. Apa yang lebih membakar abang dia lagi bila angah beli kamera DSLR. hurm... Sumpah terbakar hangus! Nikon D90 pulak tu. Takpe2, cuti abang dia boleh pinjam, kah3. Baru masuk second semester last saturday hari tu.

Third wish is for my papa. Umur papa sekarang 50 tahun. Tapi rasanya macam belum 50 lagi. Awet muda kot... My papa iaitu encik Jamian bin Jangin now berkerja as a driver kat area Johor Bahru. Before this papa bergelar parajurit negara atau nama lain, tentera negara. Terpoyo pulak, ha3. Tapi tak dinafikan la bila orang tanya ayah awak kejer apa time dulu, bangga giler jawab ayah saya seorang tentera. hurm... walaupun ciri2 seorang tentera tu tak tumpah langsung pada saya, tapi saya tetap berbangga dengan my dad. Benda yang paling saya ingat time papa jadi tentera dulu, dia pernah berkhidmat di negara SOMALIA untuk misi keamanan kalau saya tak silap. hurm... time tu umur 4 tahun kot, tak bape nak ingat pulak. Berbulan jugak la papa kat sana. Sumpah rindu giler time tu. Ingat lagi cara arwah mama nak hilangkan rindu kitorang adik beradik time rindu dulu. Apa mama buat dengan cara pergi keluar rumah, tengok langit tunggu kapal terbang lalu. Bila nampak jek kapal terbang lalu, mama cakap,"haa... papa kat dalam kapal terbang tu. Cepat2 bye2 papa". Serius, macam nak pergi ke time tu balik. :)

Forth and the last wish is for my second sister, Nur Shabila Amilia. Baru masuk 17 tahun, amek SPM la tahun ni. Harap2 dapat result yang cemerlang ye, iela. Amin... Dia bersekolah kat Sek Men Keb Kempas, Jay Bee. Sekolah yang sama dengan saya dan angah dulu. Minah ni suka "melawa" or nama lain dia "melaram". Kira suka pakai cantik2 la. hurm... Benda lain yang dia suka is berjalan. Dia pantang dengar orang ajak dia berjalan. Kalau tengah tidur tu, dia boleh bangun kalau dia terdengar orang nak keluar berjalan. Iela2...






My wish is...
Happy birthday to Papa, Angah, Iela and Oshah. Love you all so much, thank coz jadi family yang sangat lovely, happening and supporting. Thank you so much coz be a part of my life. Thank also to God, Allah coz kurniakan a wonderful family... Along tak akan lupakan korang semua sampai bila2. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan kehidupan dan juga berjaya di dunia dan di akhirat kelak, amin...

LOVE YOU ALL!!!

No comments:

Post a Comment