Sunday, May 22, 2011

A long Friday nite...

Ketika kebosanan tahap cipan di rumah sewa Shah Alam, hati ni tergerak untuk text Nazirah or Zira iaitu classmate time diploma kat Segamat, Johor. Kebetulan pulak dia kat Shah Alam coz amek intersesi kat UiTM. So, ajak la Zira kuar ngan Wan yang kat umah sewa ni. Ajak ijat, dia tido. Kejut2 tak bangun. Hurm... gerak je la. Lalu amek slr dia bawak kuar. Lepas amek Zira kat umah sewa dia, Zira ajak gi makan kat Pak Ali Kopitiam kat Seksyen 7 sebab dia belum makan malam lagi. Padahal time tu dah nak masuk kol 12 dah. So malam tu Zira makan Nasi Ayam Lemon, Wan makan kek coffee (kot), and saya makan ABC Pak Ali. Nyum2...


Zira yang kelaparan

Wan menikmati keknya

Ni la kek yang Wan makan malam tu

Lepas dah kenyang, kitorang gerak ke Dataran Hijau, Shah Alam. Tempat tu kat area belakang masjid negeri Selangor. So, kat situ borak2 la smbil melihat ragam mat2 rempit kat situ main motor dorang. Adoiyai... kesian ada, geram ada, kelakar pon ada tengok ragam dorang ni. Sanggup membahayakan diri dengan aksi2 yang kalau tak keterlaluan saya katakan aksi2 bodoh menunggang motosikal dorang tu. Biarlah dorang dengan dunia dorang. Time asyik bergelak sakan bercerita ngan Wan and Zira kat situ, tetibe Ijat text saya.,"Korang kat mana, lama lagi ke nak lepak?". So lepas tu, kitorang terus gi amek Ijat kat umah sewa.

Time dalam kereta, saya tanya budak2 ni, "sekarang nak gi mana ni???". Sume buntu nak jawab, so saya suggest la lepak kat putrajaya. Ijat cakap tak nak, bosan la kat situ. Keter yang saya pandu menuju ke KL. Tapi masih tak ada kata putus nak gi mana. Tetiba idea datang and kitorang decide gi Bukit Ampang. Ramai orang cakap kat situ boleh tengok view KL time malam. Hurm... walaupun tak tahu jalan nak ke sana, kitorang ber-4 anak Johor ni redah jek ke sana. Nekad jek masing2 ke sana... And apa yang mengbanggakan ialah kitorang berjaya sampai ke sana!!! Memang cantik tengok view KL kat situ. Boleh nampak lampu2 kat KL ni. Keadaan kat atas bukit tu pun sejuk. Memang best giler kat atas tu. Lepas puas snap2 picture kat situ, dalam kol 4.30 cam tu kitorang gerak turun dari bukit tu.



Keindahan pemandangan KL dengan limpahan cahaya




Zira amek kesempatan untuk bertapa di Bukit Ampang

Ijat menikmati Oblong di atas Bukit Ampang jam 4 pagi


Anak siapa terbiar ni???

Tak habis lagi kat situ. Lepas turun dari bukit Ampang tu, kitorang gerak ke Dataran Merdeka. Time tu tujuan asal nak snap picture bangunan makhamah kat depan Dataran Merdeka tu. Bila sampai kat situ, kitorang tengok kebanyakkan jalan kat area tu di tutup untuk satu event ni. Kitorang parking keter, kitorang terus gi tengok apa sebab dorang tutup jalan tu. Rupanya, krew2 sedang sibuk buat persiapan untuk event Citrawarna 1 Malaysia 2011 yang bakal berlangsung pada keesokkan malamnya. Sempat la kitorang melihat macam mana krew2 ni buat kerja behind the scene kat situ. Agak sibuk la dorang untuk memastikan event pada esoknya sempurna seperti yang dirancangkan. Lepas penat pusing2 kat area situ sambil snap picture, kitorang pun beransur pulang ke Shah Alam. Seriusly, memang puas hati malam tu daripada kebosanan duduk kat umah. :D







Ijat | Saya | Wan | Zira




Enjoy the video!!!


No comments:

Post a Comment