Monday, May 23, 2011

Akar & Kukubesi Manipulasi Xhibitor


Salam, korang pernah dengar tak nama Kukubesi??? Korang pernah tengok poster untuk filem Merong Mahawangsa dan Karak tak??? Kalau korang minat fotografi, editing or peminat kamera DSLR, mesti korang kenal Kukubesi. Kukubesi ni la yang design poster filem2 tadi tu. Untuk julung kalinya, Kukubesi anjurkan event yang dinamakan Akar & Kukubesi Manipulasi Xhibitor yang bertempat di Galeri Shah Alam pada 21 Mei di mana mengumpulkan pengkarya puisi, pemain2 muzik indie, pengkarya seni dan juga photographer2 ternama mahupun yang baru ni di dalam sebuah event yang besar boleh saya katakan. Di sinilah tempat mereka berkumpul dan berkongsi minat yang sama selain bertukar-tukar pendapat. So, saya dan rakan-rakan lain iaitu Ijat, Wan dan Zira pun attend event tu.

Sampai je sana dalam kol 3 petang tu, ramai giler dah orang kat situ. Boleh dikatakan rata-rata orang yang datang semuanya bawak kamera SLR. Lens dorang tak payah kata la, panjang2 and macam2 rupa. Speed light lagi. Hurm... Kita yang tak ada kamera ni, makan hati jek la. Nasib baik la Ijat ada kamera, menumpang la kamera dia. Tapi best la event tu, dapat tengok karya2 fotografi dan grafik dorang kat galeri, dapat join photoshoot dengan beberapa orang modal dan berhibur dengan persembahan pemain2 muzik dan juga pembaca2 puisi. Diantara performer pada hari tu seperti band Pesawat, Monoluque, Fynn Jamal dan ramai lagi. We hope event ni akan diteruskan untuk siri berikutnya coz memang cool and happening giler... :D

















2 comments:

  1. wartawan ek..sjak bile ak pndai jdik wartawan..haahahha..suke vid tu..cna nk copek ek??

    ReplyDelete