Thursday, May 19, 2011

Sekitar Istiadat Konvokesyen UiTM...

Selepas lunch bersama housemate saya Acat, kitorang bergerak ke UiTM untuk menghadiri majlis konvokesyen Safwan dan Suhaila. Sampai di UiTM pulak, kami berjumpa dengan Izzat dan kemudiannya bergerak ke dewan konvo baru iaitu Dewan Agung Tuanku Canselor. Dewan ni merupakan dewan baru yang baru siap hujung semester lepas. Dewan ni didirikan bertujuan untuk memuatkan pelajar dan ibubapa pada majlis istiadat konvokesyen UiTM secara khasnya dan majlis2 lain UiTM secara umumnya. Sebelum dewan ni wujud, UiTM menggunakan dewan Sri Budiman dan dewan Annex yang terletak berdekatan menara UiTM. Memang cantik dewan baru ni dengan reka bentuk luar dan dalamnya. Graduan2 yang graduate di dewan ini pada Istiadat Konvokesyen kali ke-74 ni ialah first batch yang merasmikan majlis konvo di dewan ni. Banggakan jadi diorang?!

First thing saya buat bila sampai sana, saya cari kedai bunga Farr dan Afiey. Dorang ade jage satu kedai under kelab intrapreneurship UiTM. Tengah cari2 kedai dua orang tu, dengar suara Farr dan Afiey jerit "bunge..bunge!!!". Terkejut gak dengar kelantangan suara classmate saya ni mempromosikan bunga di kedai dorang. Tak pernah lagi dengar suara dorang jerit macam tu sebelum ni. Hi3...

Lepas melawat Farr dan Afiey kat kedai dorang, kitorang pun menunggu sehingga Safwan dan Suhaila keluar dewan setelah selesai istiadat petang tu. Sempat la kitorang snap2 picture petang tu bersama Safwan dan Suhaila... :D


Lambakkan manusia membeli jambangan bunga dan cenderhati

Kemeriahan sekitar Dewan Agung Tuanku Canselor

Farr dan Afiey ketika di kedai bunga

Congratulation !!!
Suhaila | Safwan | Adah

Safwan dan keluarga

Suhaila dan keluarga


Bergambar bersama Sue dan Safwan

Masa untuk secawan teh

Pose terakhir Safwan sebelum pulang

Senyum... :)

Sungai Klang...

Salam. Kalau Isnin hari tu saya teman Safwan ngan Sue pergi amek jubah konvo dorang kat UiTM, the next day pulak saya ke Sungai Klang yang berdekatan ngan Pasar Seni. Mesti korang ter-tanya2 apelah saya buat kat parit besar sane tu kan. Kan busuk kat situ. Haaa... Kat situlah saya meng"shoot" gambar pre graduation saudara Safwan dan ditemani saudara Izzat. Ntah cam mane ntah datang idea nak tangkap gambar kat situ. Tu semua kejer giler. Ha3. Tapi tak salahkan kalau kita cuba sesuatu yang di luar kebiasaan.. Tapi tak dinafikan la kebanyakkan graffiti kat situ cantik2. Daripada budak remaja buang masa conteng2 or mengotorkan dinding2 kat tempat awam tu, lebih baik dorang menyalurkan kreativiti dorang tu pada dinding2 kat Sungai Klang tu. Lebih 1 jam jugak la kitorang spend masa kat sana amek gambar Safwan.

Sedang kitorang sibuk meng"shoot" gambar kat situ, mata ni terpandang pulak pada segelintar masyarakat yang kurang bernasib baik yang takde tempat tinggal tu. Or kata nama lain untuk dorang, "homeless". Kesian jugak melihat dorang berteduh dari hujan dan panas di bawah jambatan dengan beralaskan kotak2 yang orang buang. Hurm... Kalau kita orang biasa ni, mesti kita tak nak duduk kat tempat cam tu, kan? Tiba2, timbul rasa bersyukur sangat2 dengan apa yang Allah kurniakan pada kita sekarang ni. Alhamdulillah... So, sebagai manusia, kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni coz ade lagi manusia lain yang lebih teruk/kurang bernasib baik daripada kita. Renung2-kan...

Cam biasa, nak share ngan korang semua beberapa gambar yang di"shoot" pada hari tu. :)










That is me!!!

Tuesday, May 17, 2011

One, two, smile... :)

Walaupun sekarang ni UiTM dah kekosongan student sebab ramai dah memulakan cuti semester, tapi sekarang ni UiTM sibuk dengan majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-74. Istiadat ni bermula pada 12 Mei hinggalah 20 Mei. Hurm, time ni la masanya untuk student2 meraikan kejayaan dorang setelah berhempas pulas belajar selama 3 atau 4 tahun tok mendapat segulung ijazah. Time nie la family2 daripada jauh datang same2 meraikan kejayaan anak2. Sweet kan?! Kalau kita tengok wajah2 ibubapa ketika melihat anak2 mereka di atas pentas menerima skrol ijazah tu, lagilah sebak tahap cipan. Silap2 cipan pun boleh nangis ter-esak2, ha3... Teringat pulak time saya konvo last semester. Sumpah sebak walaupun ramai kawan2 kat sebelah. Lagi2 time nyanyi lagu UiTM dihatiku. Adoiyai... Semalam saya sempat ke UiTM menemankan sahabat saya iaitu Suhaila dan juga Safwan untuk mengambil jubah konvo dorang. Kebetulan saya still ada kat Shah Alam, menyebuk la saya menemankan dorang sambil snap2 picture dorang sepanjang pergi ambil jubah konvo 2. Ni diantara gambar2 yang sempat di snap pada hari 2...

Mohd Safwan | Suhaila Shamsuddin


Masing2 excited nak ambil jubah...


Safwan sempat mengusik Suhaila time mencuba jubah



Gambar yang menjadi kemestian dalam setiap majlis konvo






Happy Graduation to
Mohd Safwan and Suhaila Shamsuddin !!!