Saturday, June 2, 2012

My 1st Family Outing!



Salam. Tak tau nak start dari mana sebab banyak sangat benda nak di'share'kan, hi3. Sebelum cuti second mid-term minggu nie, classmate degree kitorang Aimy pelawa kitorang budak2 kelas pergi wedding kakak dia kat hometown Aimy, kat Kangar, Perlis. Yang bestnye bila Aimy bagitau majlis wedding tu untuk dua2 kakak dia, that mean dua2 kakak Aimy, Kak Long and Kak Ngah bersanding serentak dalam satu majlis yang sama. Wow, best giler! Tapi yang tak bestnye bila dapat tau yang dapat join trip pergi Perlis tu hanya owg, Kak Chik (KC), Farahin (Farr) dan Aimy. Hurm... xpew2 yang laen tu tolak tepi sebab owg dah teruja giler nak berjalan pergi negeri orang. Lagi2 bila dengar nak pergi Perlis, negeri paling utara Malaysia tu #Excited.

So, Rabu malam Khamis kitorang dah bertolak ke Perlis. Skip kelas 1 jam ngan Ustaz Zaki hari Khamis, hi3 sorry Ustaz. Kitorang amek bas dari Seksyen 2 pergi KL Sentral and than sampai sana amek train pergi Kangar, Perlis. Perjalanan ke sana ambik masa dalam 11 jam lebih kurang. Kitorang naek train kol 9.20 malam and sampai Kangar kol 8.30 pagi hari Khamis.

So dari situlah bermulanye journey kitorang yang tak akan dapat dilupakan. Seriusly dalam tempoh masa 6 hari berada kat sana, macam2 benda kitorang belajar dan lalui. Sangat seronok kat sana. Rasa tak nak balik
pun ada. Yang paling best bila kedatangan kitorang disambut baik oleh semua ahli family Aimy. Giler seronok kat sana, dah rasa macam family sendiri dah. Dapat ayah baru, mak baru, kakak baru dan adik2 baru. Pasal tulah owg namakan trip nie as a 'Family Outing' ala2 variety show Korea, Hu3. Macam2 
kitorang buat kat sana, dari preparation before wedding sampai la ikut rombongan family Aimy hantar pengantin pompuan (Kak Angah) ke majlis wedding pihak pengantin lelaki pulak. Makanan tak payah cakap la, macam2 kitorang telan. Daripada yang biasa jumpe sampai la yang baru first time makan. Lepas tu, selagi tempat kitorang di bawa jalan. Ahhh... banyak sangat la nak di ceritakan.

Tak pew. Next entry owg nanti, owg akan post gambar2 aktiviti kitorang kat sana sepanjang 6 hari tu. 9 Gig kot size file (gambar+video) sepanjang kat sana #GilerLa. 

                          

Special massage to KC, Farr and Aimy,

Terima kasih banyak2 sebab menerima diri owg nie seadanye selama 6 hari tu. Faham2 la owg nie macam mana kan. Seriusly memang seronok giler bila dapat spent time together ngan korang. Lagi2 dah nak habis belajar nie #sedih2. Banyak benda orang belajar dengan korang sepanjang kat sana. Dari segi perhubungan family, percintaan, persahabatan, kehidupan, future life, pasal preparation nak kahwin and banyak lagi la. Ha3... klakar plak. Tapi owg sangat appreciate every moments kita dapat sama2 time tu. Hurm... Harap2 kita dapat continue program 'Family Outing' nie for the next episode dengan classmate kita yang laen k.


To Aimy's family,

Terima kasih banyak2 atas kesudian mempelawa kitorang ke wedding Kak Long and Kak Ngah. Kitorang sangat hargai semua pengalaman yang kitorang lalui bersama korang. Sememangnya korang sangat baik dengan kitorang sampai kitorang rasa macam bersama family sendiri dah.

Disini nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, terasa hati or terlebih laku sepanjang kitorang kat sana and nak minta halalkan makan dan minum kitorang. Terima kasih atas layanan baik korang pada kitorang and tak mungkin kitorang lupakan setiap saat masa kita bersama. Hanya Allah saje yang dapat membalas segalanye. Insyaallah, kalau panjang umur dan murah rezeki, kita akan jumpe lagi kat Kangar, Perlis k. Amin... Love you all, muahhhh...











No comments:

Post a Comment