Last week hari jumaat, Abby, Acap, Ein ngan owg yang kt area Shah Alam ngan Nilai nie balik Jay Bee coz nak attend wedding member kelas sekolah menengah kitorang. Nama member kitorang 2 Ungku Nadyasalda binti Ungku Tauhid / Nad ngan pasangannya Fendi. Sebenarnya terkejut gak time hari raya hari 2. Mula2 call la Nad nie cakap nak beraya kat rumah dia, dia pun cakap dia dah nak kuar beraya ngan family dia. Pasal 2 dah tak kisah la, tapi dia suruh datang malam hari 2 and dia cakap dia nak kasi kad. Kad??? Owg tanye la kad apa kan. And dia jawab, "adalah...". Dari situlah bermulanya citer dia nak kahwin 2. Agak terkejut sebenarnya bila dengar berita dia nak kahwin nie. Maklumlah umur baru 22 tahun kan. Time sekolah dulu cakap nak kahwin lambat la, aku orang last yang kahwin la and macam2 lagi. Last2, Nad yang kahwin dulu. Hurm.... Dah jodoh dia kan. Alhamdulillah. Happy giler bila tengok kawan sekolah dulu yang telah di makeover cantik duduk bersanding atas pelamin dengan pasangan pilihan dia. Untunglah dia... Kat wedding 2 jugak jumpa kawan2 sekolah yang lama tak jumpa. Kat situ jumpa:
- Mursalina
- Raihan
- Aien
- Dayah
- Ruzaimah
- Farahin
- Farah
- Khairul
- Wan
- Sharifah
- dan ramai lagi (tak teringat la...)

So, di sini nak wish congratulation 2 ur best friend iaitu Nad dan pasangan Fendi, semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga di pintu syurga, memperoleh seribu keberkatan dari Nya, membawa korang mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta dikurniakan anak2 yang ramai soleh dan solehah. Amin...

Walaupun hari nie dah masuk 12 Syawal, tapi saya still nak wish Salam Aidilfitri pada rakan2 & mereka yang mengenali diri nie. Saya juga nak minta maaf zahir & batin pada sesiapa yang saya pernah terkasar bahasa, terkecik kan hati, terambil barang2 mereka, tercakap belakang dan ter2 yang laen mahupun dalam keadaan sedar atau sebaliknya. Harap2 di Syawal yang datang nie membawa sejuta kemaafan dan keakraban kita sesame umat Islam. Slamat hari raye sume. Sesiapa yang wat open house 2, rajin2 la invite saya k, hi3...
Salam... Sekarang ni kitorang 1 rumah tengah sibuk kemas barang coz nak pindahkan barang2 kitorang ke rumah baru. Kalau before this kitorang menyewa kat Pangsapuri Puteri kat Padang Jawa, so bermula esok secara rasminya kitorang akan menyewa di rumah teres 2 tingkat kat area Seksyen 4. hu3... Knape pindah??? hurm... Kalau korang nak tau, rumah yang kitorang sewa before this nak kene lelong. Mulanya, kitorang pun tak tau pasal ni, sampai la ada orang bank ketuk rumah sewa kitorang and tanya kitorang, "korang tak tau ke rumah ni dah kene lelong???". Kalau benda macam nie berlaku kat korang, apa respon korang? Kitorang time tu apa lagi, pergi redah la rumah tuan rumah tu.
Sampai jek sana, kitorang tanya la macam mana boleh jadi macam ni. Nak tau tak dia jawab apa??? "Korang tak payah risau, semua tu saya dah uruskan dengan pihak bank semalam. Korang just stay kat rumah tu macam biasa jek". Itulah cara dia meyakinkan kitorang. Tapi hati kitorang macam tak berapa nak percaya pulak dengan cakap tuan rumah tu. So, kitorang 1 rumah decide nak cari rumah sewa lain. Banyak juga la cabaran kitorang nak cari rumah sewa baru ni. Ada rumah tu dah dapat kat Seksyen 3, tapi last minute tuan rumah dia cakap tak nak penyewa lelaki. Apalah nasib penyewa2 lelaki zaman sekarang? adoiyai... sampai la kitorang jumpa rumah yang kat Seksyen 4 ni.
Selepas jumpa rumah tu, kitorang buat keputusan
pindah bulan 6 ni. Ada satu hari time kitorang nak pergi keluar makan,
kitorang nampak notis kosongkan rumah daripada pihak bank. Notis tu
tampal kat pintu rumah kitorang. Dalam notis tu bagitau kena kosongkan
rumah sebelum 1 jun iaitu esok. So, kitorang kene la pindah malam ni
jugak. Bengang tak kat tuan rumah kitorang???!!!!